Sunday, 3 March 2013

PENANDAARASAN BERSAMA PISMP PEMULIHAN BM/MT SEMESTER 3 IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK.


          Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar PISMP Pemulihan BM/MT Semester 3 IPG Kampus Tun Abdul Razak (IPTAR) kerana telah memilih IPG Kampus Rajang sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti penandaarasan. Ketibaan mereka di IPG Kampus Rajang amat memberi ribuan makna bagi kami walaupun hanya beberapa hari sahaja. Rombongan dari IPTAR tersebut tiba pada 2 Mac 2013 yang lalu. Rombongan tersebut serama 21 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang pensyarah pembimbing.
     
          Sepanjang penandaarasan ini, pelbagai maklumat penting berkenaan dengan pendidikan pemulihan dibincangkan dan dikongsi bersama. Perkongsian ilmu sebegini mampu meningkatkan lagi pengetahuan dan menyelami bidang pendidikan pemulihan dengan lebih mendalam. Kami juga turutt dibentangkan dengan satu model yang telah dikaji dan diselidik seterusnya diterjemahkan dalam satu buku. Model tersebut diperkenalkan oleh pensyarah pembimbing IPTAR yang turut datang bersama iaitu Puan Radna. Model tersebut dikenali sebagai MODEL HADRA.

         Rombongan penandaarasan ini bertolak pulang ke IPG Kampus Tun Abdul Razak pada 4 Mac 2013. Sebelum meninggalkan IPG Kampus Rajang, kami menjalankan satu sesi pertukaran hadiah dan cenderamata untuk merapatkan hubungan silaturahim serta mengekalkannya walaupun kami bertemu hanya seketika.

                                sesi pertukaran hadiah dan cenderamata



No comments:

Post a Comment