Saturday, 23 February 2013

Apa itu pemulihan???



Pengenalan
Dalam konteks sekolah rendah, Program  Pendidikan Pemulihan Khas merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.

Konsep:
Program Pendidikan Pemulihan Khas adalah satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di nsekolah rendah. Program ini  ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira; dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Rasional:
  1. Dari sudut “Falsafah”:
Pelaksanaan program pemulihan khas akan memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Oleh itu ianya adalah selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”.

  1. Dari sudut “Teori”
Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”, “Precision Teaching”, dan Clinical  Teaching” telah terbukti berjaya. Oleh itu langkah-langkah dalam pendekatan di atas telah dijadikan asas pelaksanaan program ini.

  1. Dari sudut “Pencegahan”
Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin me nyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. Jadi, pelaksanaan program ini  amatlah diperlukan bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Punca dan Bidang Kuasa

  1. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5):

“Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang
lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan  serta penggunaan bahan-bahan tertentu”.


  1. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran:

·         Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,    Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.
“Guru Khas Pendidikan Pemulihan”.

·         Surat  pekeliling  Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,   Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.
“Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986”.

·         Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia,     Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.
“Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah”.            

Objektif Program Pemulihan Khas

  1. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka;

  1. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain;

  1. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;

  1. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa;

  1. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran;

  1. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran;

  1. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan

  1. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

No comments:

Post a Comment